Post on August 20th, 2008
by hasn900
Aku bahagia kerana menjadi seorang yang serba sederhana. Kemahuan ku sederhana, kesihatan dan kehidupan ku pun sederhana. Aku alami banyak perkara walaupun hanya serba sedikit. Tetapi aku mempunyai semangat yang besar . Semangat yang besar inilah penggerak utama kehidupan ku. Semangat ini jugalah merupakan bahan bakar yang mampu mengolah sesuatu menjadi kebahagiaan.
Kebahagiaan itu ada dalam diri masing-masing bergantung pada tafsiran diri yang mana kesannya amat zahir serta bermakna. Apa yang aku sedar kebahagiaan itu juga terletak pada hati pemiliknya. Pada aku bahagia itu juga adalah suatu ketenangan dan kesyukuran . Ketenangan yang aku maksudkan bila susah tidak akan gelisah, bila miskin sentiasa syukur pada Allah, bila sakit tidak resah dijiwa, bila kaya jadi insan pemurah, bila berpesan mesti amanah, bila berjaya tidak lupa dan angkuh dan yang teramat penting adalah dengan mengingati Nya jiwa akan menjadi lebih tenang.
Teringat aku pada arwah ayahanda yang berpegang teguh dengan prinsip serta falsafahnya yang sentiasa bersederhana dalam apa jua keadaan. Bagaimanapun
beliau mampu memahami setiap ungkapan serba sedikit dalam semua perkara, tetapi mempunyai semangat yang berkobar-kobar.
Category
Uncategorized |
2 Comments →
Post on August 20th, 2008
by hasn900
Sesetengah orang ada yang bersikap sangat berlembut dan tidak terlalu menuntut haknya, dengan kata lain nya bersikap moderat terhadap banyak perkara. Dia ini golongan dalam orang yang suka memudahkan setiap urusan . Dia tidak suka banyak soal dan mempermasalahkan dan tidak mahu mencari tahu segala sesuatu di sebalik ucapan kerana ia tidak mahu membuat dirinya letih mengurus dan memikirkan semua perkara.
Dalam pada itu, terdapat juga golongan yang bersikap sebaliknya, langsung tidak mahu bertolak ansur, menuntut semua haknya sekalipun tidak seberapa. Dia berkeras dan bermati-matian tidak kira dengan siapa sahaja untuk mendapat segala sesuatu yang dipercayai sebagai haknya, meskipun kedudukannya masih samar dan tidak jelas. Sukar sekali melihat unsur dan kelembutan dalam setiap tindakkannya.
Sudah menjadi lumrah dunia bahawa orang yang pemurah lebih mementingkan ketenangan jiwa, kesejukkan hati dan terhindar dari perasaan gelisah. Kerana itu dia lebih dekat hati ramai orang dan lebih patut mendapat kasih sayang mereka. Dalam kenyataannya, kejayaan lebih terbentang dihadapan.
Golongan mana kah aku ni?hehehhe..aku je yang tahu
Category
Uncategorized |
1 Comment →
Post on May 25th, 2008
by hasn900
Alam ini kan keperhiasan,untuk kita menikmati keindahannya,jangan takut pada malam,sebab malam itu untuk kita rasai nikmatnya,bukan untuk kita tatap..memang dah begitu ceritanya…ada bulan,adalah malam..ada siang..adalah matahari..begitu setianya malam pada siang..begitulah sedanya perhubungan dia dengan kita..malam ni jugalah aku dalam kesakitan yang amat sangat…
Fikiran bercelaru semenjak dua menjak ni..sering teringat kan bonda…asyik mimpikan arwah ayahanda,..barangkali sudah lama tidak pulang ke kampong..kerinduan tu yang menyebabkan aku beenar- benar tidak dapat menahan emosi…bukan tidak mahu pulang tapi kesibukan dengan tugasan kerja. Pada bonda yang tercinta apa yang mampu aku lakukan sentiasa bertanya kabar dan berbual tentang kehidupan yang semakin memantangkan diriku..kalu lagi mudah gune teknologi yang ada….selain tu aku harap dapat menggembirakan hatinya sejujur mungkin….
Arwah ayahanda tidak pernah merasa hasil kesenangan didunia dari anak-anak yang masih kecil pada waktu itu tidak mampu untuk berikan kesenangan padanya, pemergian yang dah berusia 19 tahun lalu seperti bru je berlaku ..bukan kehendak aku semua ini terjadi atau bakal terjadi..kehilangan bakal mendatangkan kekecewaan yang amat..dan itulah yang bermain dijiwa..akan ada tangisan walau cuba ditahan sebab aku hanya manusia..menangislah jika itu mampu menghuraikan resahmu..cuma bila saat itu hadir..akulah kesedihan,akulah kematian,akulah anak yang akan meratap pada malam agar dikembalikan masa lalu saat aku masih dalam dakapannya..aku mahu aku ada pada setiap detik yang dilaluinya..melahirkan,menyusukan,memeluk,mengasihi,menyayangi
,memukul,lantas menciumku…dan bila masa makin kedepan, aku meninggalkannya,
menghampakan,melukainya..dan bila masa bertambah kedepan aku kembali memeluknya,memimpinnya,menemaninya,menikmat saat-saat suka duka setiap waktu selagi aku mampu..dan nafas pun semakin sesak bila mengenangkan bonda yang mengharapkan sesuatu yang belum dapat aku penuhi sebelum pemergiannya ..keadaannya yang semakin uzur,dimamah usia..
aku lah manusia paling sedih musim ini..dan aku sedang melaluinya..aku menerimanya kerana itu takdir yang sedang dilalui…
Category
Uncategorized |
No Comments →
Post on May 25th, 2008
by hasn900
kehidupan itu sendiri akan mendidik kita menjadi seorang yang mahu berfikir tentang kehidupan sebab kita melalui dan merasakan nikmat suka duka hidup itu sendiri…kadang-kdang kita merasakan kita ini sangat dihargai oleh insan dan alam disekeliling kita..kadang-kdang sebaliknya..itulah,hidup ini tak semudah yang kita janjikan sebenarnya..emm..aku dalam proses peneutralan..sebab?itu yang terbaik bagi aku..itu saja…
Apabila kamu dicintai oleh seorang pencinta yang kamu tak lah tahu akan asal usulnya..terimalah dalam kadar yang minimal..bahkan kamu akan dihargai pula oleh yang memberi nikmat cinta itu..asal ianya suci dan bersih,apalah salahnya memberi sedikit elemen kebahagiaan asal boleh kita kongsi bersama..mencinta itu bukan dosa,ianya pemberian tuhan semesta alam..cuma terlalu banyak batas-batas yang perlu dihadapi..Kebencian pun adalah termasuk dalam elemen kecintaan juga..sebab ianya termasuk dalam elemen dalaman.. emosi, marah, sayang…jadi perlu bijaksana dalam menilai dan menghadapi apa jua situasi…
mengapa dadaku mesti bergoncang, bila kusebutkan namamu..mengapa nadiku berdebar-debar tiap kali kau menjelma di hadapanku….mengapa ingatanku sentiasa ada kamu…. sedang kau diciptakan,bukanlah untukku.. itu pasti, tapi aku tak mau peduli.. sebab cinta bukan semestinya bersatu..
Category
Uncategorized |
No Comments →
Post on January 30th, 2008
by hasn900
Tolong nyanyikan lagu duka itu lagi kawan,mari sama-sama kita dibuai dan membuai perasaan ini kesatu lembah yang kita namakan ‘demi kemanusiaan sejagat’ hehe …seronok ke?hahahaha…Sehingga artikel ini ditulis,dapatlah disimpulkan atau pun solution bahawa aku memang seorang penerima takdir yang hebat,sebab aku berjalan dalam hidup ni seiring je dengan takdir…kalau selesa atau tergelincir,itulah aku….seronok ke?hahahaha..
Apa nak buat…kita tau api itu panas,dan kita suka pada habanya,maka kita pun masuk dan terbakar diidalamnya..rentung jadi debu dan dicampakkan kelaut..seronok ke?ntah la…sendiri yang merasainya apapun…atau mungkin terlewat..aku nak ucapkan selamat tahun baru dan bersukacita dalam merayakan..terlalu sibuk dengan tugas2 harian tanggungjawap sebagai seorg pekerja dan pelajar….hehe…tanpa kalian ..aku tetap aku,dan kalian tetap kalian..dont worry…life goes on..apa yang boleh dikutip asal halal..kutiplah…sama-sama kita berkongsi cerita suka duka hidup ni dalam bentuk yang lebih terbuka..betul tak?hehe
Category
Uncategorized |
1 Comment →
Post on January 30th, 2008
by hasn900
”Hello….”
”Hi..siapa ni”
”Ni sayalah…kawan lama awak dulu”
‘Hi…ok,hehe..thanks for calling..apa mimpi call saya ni?”
”Nothing..just nak tanya khabar,hows your life,bla bla bla…hehe”
”Oic..im ok,macam nilah..masih lagi hidup dan bernafas..kadang-kadadng karam,kadang-kdang selesa..in fact that is good for me also..Tuhan itu maha bijaksana..dia diatas segalanya..isnt it?”
”What about you?”
”Im ok…and i got news for you…i dah kawin and sooner will be a father…hehe”
”Alhamdulillah..itu berita paling ceria saya dapat untuk bulan ini…so,hows your new life?im sure evrything is gonna be alrite ..hehe..”
”Well i hope so..doakan saya bahagia yer..and thanks for you also…hehe”
”Ok….hehe…you do your best already ,thats your life…dan itu sesuatu yang baik.God is Fair ,dont worry..”Aku pun termenung sejenak..berfikir mencari apa topik yang sedang bermain diotak mungkin sebab aku ini hanya bagus pada saat pertemuan.,hehe..selepas pertemuan,itu realiti..haha,dan biasanya aku akan fail disitu..dan aku selalu bersetuju perihal hukum hakam alam ini walau kadang perasaan
cuba untuk menakluk nilai iman dalam diri…Hidup ini adil..semua orang punya kisah hidup dan cerita mereka masing-masing untuk dibaca didalam diari hidup mereka..Dan kita tak perlu dan malah takkan mampu mendominasi apa apa yang ada didalam tingkap fikir orang lain..sebab kita bukanlah di golongan yang tamak yang mahukan semua yang ada,agar menjadi milik kita ..itu kejam namanya ..kan….dengan apa yang kita ada dan aku cuba menjadi pujangga yang pandai memutar belitkan hukum alam..hehe ”as long as you are happy with me, thats good enough untuk kita kan…we just flow our mind…
”Flow kemana tu?”
‘Aku diam lagi..cuba
mencari jawapan yang tersangkut dicelah ranting pokok milik sang iblis..hehe
”Ok…i quit..”Dan itulah kali terakhir aku dan dia bertemu beberapa musim dulu dalam sebuah pertemuan,dan tadi aku mendapat panggilan talipon dan berita tentang cerita-cerita bahagianya..dan apa yang boleh aku buat?hehe..but thats ok..itu hidup dia,bukankah semua orang punya hak untuk memilik dan dimiliki..untuk merasa nikmat bahagia?..
Sudah lama aku tidak menangis..kecuali semalam, ada movie yang sangat menyentuh ruang fikir… dalam serba serbi..movie tu mereka cuma masukkan elemen kemanusiaan dan kasih sayang dalam filem yang mereka bikin..aku pun cair..hahaha…dan petang tadi lagi sekali aku tersentuh dengan sebuah lagi movie dalam form yang juga menyentuh ruang fikir..hehe..dan aku pun cair juga…hahaha..
”So,tell me kemana hala tuju cerita kita ini?”
‘tell you what’? kita ok
Category
Uncategorized |
1 Comment →
Post on September 1st, 2007
by hasn900
aku duduk sambil menatap indahnya alam ini….ada awan,pokok dan cuaca yang nyaman sekali..semua memandang arahku..sebab aku ni makhluk yang paling istimewa dijadikan tuhan ..(manusia)…bukankah manusia itu sesempurna kejadian?
sesetengah insan itu memang dijadikan tuhan sangat istimewa, orang-orang yang terpilih , cuma padaku semua manusia itu istimewa..walaupon dia jahat, walaupon baik..semua ada cerita , ada rahsia masing-masing..tuhan dah jadikan manusia itu bagus..kalu genetiknya bagus makan baguslah hasilnya, kalu sebaliknya juga maka hasilnya pon begitu jugalah…cuma cara kita mencorakkan warna hidup itu..kita tak boleh menghukum seseorg itu hasil kesan masa lalu…semua dah memang dibegitukan sewaktu perjanjian asal antara kita dengan penciptanya…yang pasti satu jer yang perlu difahami kawan..kita ni ni manusia biasa, bukan tuhan, bukan malaikat, bukan ahli silap mata…kesilapan yang pernah kita lakukan sebab kita ni manusia..tidak cukup sempurna untuk mendapatkan hasil yang sempurna sekalipun kita mendambakannya…
Category
Uncategorized |
No Comments →
Post on August 9th, 2007
by hasn900
Semakin jauh diriku dari Mu…. Semakin dekat pula Kau menghampiri diriku… Siapalah diriku ini dihadapanMu… Semakin cuba ku dekatiMu…. Semakin kuat pula Kau mendugai diriku… Kerdilnya diriku di pandangan Mu…. Bagaimanakah nantinya….ketika berhadapan dengan Mu…. Sudikah Kau menerima hamba Mu yang hina ini…. Andai dihitung amalan ku… Tak pasti aku dapat aku hampiri gerbang syurgaMu Hindari diriku dari siksa MU…. Ampunilah diriku………
Category
Uncategorized |
1 Comment →
Post on August 9th, 2007
by hasn900
Apabila kucari arahku….kutemui disini…dalam ruang diri…bagai sungai menemui muaranya….bagai ombak menemui pantainya….kubenamkan dihati…suatu kecintaan….beginilah hari-hari yang dilalui..dalam mewujudkan keperibadian…menghayati kejadian diri, alam dan lumrah kehidupan….mengembara dilautan alam..berbicara bersama warna, garis dan ruang….liku-liku seni.. Sesekali….. Onak duri bisa menyelinap kekulit…melenyapkan seluruh daya fikiran…lalau terbaring dikaki malam…menelan cercaan ulang berulang…dalam kepayahan aku berdiri…..bagaikan masih ada kekuatan yang masih tersimpan….menyusun kembali kalimah- kalimah puisi…mewarnai semula kanvas yang terbiar….disisi ku suatu keyakinan…untuk dipeluk seerat-eratnya…kalau-kalau tersungkur rebah…. Ditangan ku masih ada sebatang pena dan sebatang berus….menyambung perjalanan..memahat sebuah nama ..sesudah kematian….
Category
Uncategorized |
No Comments →
Post on July 18th, 2007
by hasn900
Kesedihan ada dimana-mana..dimana elemen baru bermain di otak atas faktor kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidup untuk sesuatu yang sangat berharga..
Aku singgah disebuah kedai buku semalam..beli buku JANGAN BERSEDIH banyak motivasi yang aku dapat dari buku tu….singgah untuk makan..seorang pakcik tua yang berumur..merayu mintak bantuan.katanya dia perlukan sejumlah wang untuk pergi kesatu tempat ..yang hanya dia yang tau..
Aku pun tengok ler muka dia.emm…kesedihan itu ada dimana-mana..ujian untuk kita sebenarnya..bersyukur sebab dikurniakan rezeki..semuanya dari Tuhan..pakcik tu pun ujian dari Tuhan..kalau memberi..beri saja,jangan tanya untuk apa atau kenapa..itu yang terbaik…
Sepanjang jalan dalam waktu yang terluang aku pun tengok disepanjang jalan para buruh yang bekerja ditengah panas terik yang mencengkam hanya untuk mendapat sejumlah kecil wang untuk menyara hidup..Kesedihan itu ada dimana-mana sebenarnya..
Itulah..sekali lagi aku mensyukuri nikmat yang Tuhan beri..semuanya dari Tuhan..
Ujian untuk kita sebenarnya tu..bila-bila masa dia boleh ambil balik..kalau dia mahu yer………….
Begitu juga apabila dalam waktu-waktu yang begini apabila sesuatu yang aku harapkan akan muncul menemani dalam waktu-waktu yang singkat ini…tidak muncul seperti mana yang aku mahu..Emm.kesedihan itu ada dimana-mana..didalam dan diluar diri..
”Tolong..jangan pergi dulu yer..walau hidup ini hanya persinggahan cuma..ada banyak ruang dan elemen yang boleh kita gaul dan rasakan nikmatnya..”
Hidup di dunia ni bukannya lama ..pejam celik..kita akan sampai juga kesana..
Harta dunia pun bukan boleh bawak mati…hehe..
Dalam seminggu ni aku merasakan bateri semangat aku bagaikan dicharge..kadang-kadang Tuhan menyampaikan sesuatu itu melalui perantaraannya ..bukankah semua kita ini miliknya..pekalah pada setiap kejadian..sebab itu sebahagian dari rukun iman..iman itu percaya….
Walau tahap fikir kita berbeza..kita akan saling memberi dan menerima dalam setiap pertemuan yang akan dan sedang kita lalui sebenarnya..
Entah..kadang-kadang rumit hidup ini yer..cuma ..berjalanlah macam biasa,tak ada apa yang perlu ditakutkan..walau gelap,asal ada iman yang mantap..bakal menjadi lampu yang terang menyuluh hidup kita yang mendatang yer..
Category
Uncategorized |
No Comments →