Nieda Online…

Untuk yang sentiasa dalam ingatan ….

Archive for July, 2007


JANGAN BERSEDIH!!

Kesedihan ada dimana-mana..dimana elemen baru bermain di otak atas faktor kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidup untuk sesuatu yang sangat berharga..
Aku singgah disebuah kedai buku semalam..beli buku JANGAN BERSEDIH banyak motivasi yang aku dapat dari buku tu….singgah untuk makan..seorang pakcik tua yang berumur..merayu mintak bantuan.katanya dia perlukan sejumlah wang untuk pergi kesatu tempat ..yang hanya dia yang tau..
Aku pun tengok ler muka dia.emm…kesedihan itu ada dimana-mana..ujian untuk kita sebenarnya..bersyukur sebab dikurniakan rezeki..semuanya dari Tuhan..pakcik tu pun ujian dari Tuhan..kalau memberi..beri saja,jangan tanya untuk apa atau kenapa..itu yang terbaik…
Sepanjang jalan dalam waktu yang terluang aku pun tengok disepanjang jalan para buruh yang bekerja ditengah panas terik yang mencengkam hanya untuk mendapat sejumlah kecil wang untuk menyara hidup..Kesedihan itu ada dimana-mana sebenarnya..

Itulah..sekali lagi aku mensyukuri nikmat yang Tuhan beri..semuanya dari Tuhan..
Ujian untuk kita sebenarnya tu..bila-bila masa dia boleh ambil balik..kalau dia mahu yer………….

Begitu juga apabila dalam waktu-waktu yang begini apabila sesuatu yang aku harapkan akan muncul menemani dalam waktu-waktu yang singkat ini…tidak muncul seperti mana yang aku mahu..Emm.kesedihan itu ada dimana-mana..didalam dan diluar diri..
”Tolong..jangan pergi dulu yer..walau hidup ini hanya persinggahan cuma..ada banyak ruang dan elemen yang boleh kita gaul dan rasakan nikmatnya..”
Hidup di dunia ni bukannya lama ..pejam celik..kita akan sampai juga kesana..
Harta dunia pun bukan boleh bawak mati…hehe..

Dalam seminggu ni aku merasakan bateri semangat aku bagaikan dicharge..kadang-kadang Tuhan menyampaikan sesuatu itu melalui perantaraannya ..bukankah semua kita ini miliknya..pekalah pada setiap kejadian..sebab itu sebahagian dari rukun iman..iman itu percaya….
Walau tahap fikir kita berbeza..kita akan saling memberi dan menerima dalam setiap pertemuan yang akan dan sedang kita lalui sebenarnya..
Entah..kadang-kadang rumit hidup ini yer..cuma ..berjalanlah macam biasa,tak ada apa yang perlu ditakutkan..walau gelap,asal ada iman yang mantap..bakal menjadi lampu yang terang menyuluh hidup kita yang mendatang yer..

perasaan ini….

Perasaan itu tidaklah sesuai kalau kita menilainya macam pengiraan matematik atau bisnes mahupun politik..sebab ianya bukanlah fakta..bukan calculation..perasaan adalah harga perasaan itu sendiri..milik peribadi.. Ibaratkan kita menyintai seseorang,kita buat apa saja asal tahap perasaan cintanya sama macam kita..dan ianya mendatangkan harap supaya dia suka kan kita sebagaimana kita sukakan dia..Sebenarnya kita tak boleh melakukan apa-apapun kalau dia tiada perasaan apa-apa pun terhadap kita..walau kita taburkan emas permata atau kata-kata manis bak pujangga untuk memenangi perasaannya.. Cinta itu misteri..sebagaimana jua kita menyintai Tuhan,beramal,berbakti,dan segala macam rindu-dendam kita limpahkan untuknya agar kita ini didalam peluk kasihnya..kita berbakti melalui ciptaannya,kita hitung ganjaran yang tak terlimpahkan,dan kita begitu mulia disisi manusia dan sepatutnya akan mulialah disisi Tuhan..itu apa yang kita harap dan doakan..Tetapi semua itu adalah rahsianya..dia suka dan pilih pada sesiapa yang disukainya..maka akan keluarlah keluhan..mengapa ibadatku masih tidak diterima sedangkan aku telah melakukan segalanya untuk memilikimu ya Tuhan..? Puncanya ada nilai ikhlas itu sendiri..pada individu itu sendiri..kalau kita mencintainya tanpa mengharapkan apa-apa balasan,ianya akan lebih bermakna.. Nilai mulia itu kita akan tahu sebab kita ini dekat disisinya sebenarnya..ketenangan itu sebahagian jawapannya..kebahagiaan itulah asas induk dari hati yaang mengenal..orang yang dikasihi tidak akan ada perasaan hasad dan iri dalam hidupnya..maka kita dapat menilainya sendiri melalui perjalanan yang sedang kita lalui ini.. Begitulah juga jika kita menyintai seseorang..bagaimanapun terpulang apa yang kita mahu dan cari dalam hidup ini..kalau kematerial dan nafsu..akan kesitulah kita..kalau keimanan dan jujur akan kesitulah kita..Kita lebih tahu apa yang kita mahu dalam hidup ini ..bukan kah begitu? Macamanapun aku bukanlah golongan yang dimuliakan sebenarnya..hahaha…

semangat yang hilang!!

aku pandang jendela luar,awan berkepul-kepul,kemudian mendung,lepas tu gelap..indahkah kejadian alam ini..
aku pandang lagi terus melepasi garis-garis dan bentuk awan yang berbagai…tembus kelangit yang aduhai..apa yang nak dihairankan akan makna keindahan itu kawan….PASTIKAN SETIAP WAKTU ITU KAMU SEDANG MELIHAT TUHAN….DAN KAMU TIDAK AKAN KEHILANGAN DIA LAGI..

hari ini khamis 19.7.2007 pagi..aku sedang mendengar lagu ambil carik idea untuk buat grafik …real love. dari penyanyi mnasir.suatu masa dulu dia ni antara hero aku dalam dunia muzik ..hehe…jadi mood dan melodi lagu ni bagi mood aku menulis dalam bentuk yang mellow dan sedikit menipu..hahaha….biasalah..hidup jangan terlalu jujur,sebab orang jujur hanya ada di komik..itu antara kata-kata lagunya…kita tak akan tipu diri sendiri,sebab diri itu lebih tahu apa mahunya kemahuan jasad itu sebab mereka itu seiring dan sejalan…seindah bunga ditaman…hehe(itu kata-kata broery marantika & sharifah aini dalam lagunya..) mungkin juga kita kata gini..bahagia dalam derita.kesian tuhan kan..sampai hati kita buat-buat lupa kat Dia..sedangkan Dia tak pernah lupakan kita pun..yang bahagia itu jiwa..so jasad kena fokus tentang kecintaan,sebab dari situ datangnya kebahagiaan yang seiya dan sekata..hehe
apa boleh buat,ini hari khamis…esok jumaat,lusa sabtu,tulat …begitulah seterusnya dan hari isnin akupun lahirlah kebumi…sesuci bayi ..membesar bersama dosa dan pahala yang bercampur..makanya jadilah aku ini manusia yang sempurna dikacamata aku yer…bukan kacamata orang lain..sebab istilah kesempurnaan itu sesuatu yang subjektif pada individu itu sendiri..
hidup macam ni lah..kena lah belajar menerima takdir yang telah diperuntukkan untuk kita …kena terima sebab itu takdir yang kita pilih sendiri dalam hidup ni..bila kita terima,kita akan lebih merasa nikmat bahagia itu..walau dalam konteks yang minimum,,,bukankah tuhan itu kaya dengan sifat rahman dan rahimnya sahabat..?

aku masih ingat akan satu ilmu yang aku dapat hasil perbualan dengan abang aku yang tua,dihari arwah bapak meninggal…1990 dulu

”macamana bapak tu yer ndak..tuhan terima ke amal dia didunia ni…?

apa dia kata..?TANGGUNGJAWAB DIA SEBAGAI KHALIFAH DIMUKABUMI DAH SELESAI….itu saja…

mudah..kehidupan itu mudah kalau kita mudahkan ia…akan rumit kalau kita rumitkan ia…persoalan datang dan pergi..jadi..berfikirlah manusia yang punya akal yang sihat walau sedikit senget.hahahaha…itu tidak mengapa sebab kita ini masih manusia,,,,manusia makin berusia,makin berusaha unttuk kedunia?ish ish….bukankah kita sedang menghirup nafas dimukabumi tuhan ni kawan…ok.SETUJU….

jumaat dah hampir..moga berseronoklah kamu disana,ingat aku yer..aku ada dimana-mana saja yang kamu mahu…bukan kah kita ini satu roh…

berikan ku semangat untuk teruskan perjuangan ini!!!

NIEDA