JANGAN BERSEDIH!!
Kesedihan ada dimana-mana..dimana elemen baru bermain di otak atas faktor kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidup untuk sesuatu yang sangat berharga..
Aku singgah disebuah kedai buku semalam..beli buku JANGAN BERSEDIH banyak motivasi yang aku dapat dari buku tu….singgah untuk makan..seorang pakcik tua yang berumur..merayu mintak bantuan.katanya dia perlukan sejumlah wang untuk pergi kesatu tempat ..yang hanya dia yang tau..
Aku pun tengok ler muka dia.emm…kesedihan itu ada dimana-mana..ujian untuk kita sebenarnya..bersyukur sebab dikurniakan rezeki..semuanya dari Tuhan..pakcik tu pun ujian dari Tuhan..kalau memberi..beri saja,jangan tanya untuk apa atau kenapa..itu yang terbaik…
Sepanjang jalan dalam waktu yang terluang aku pun tengok disepanjang jalan para buruh yang bekerja ditengah panas terik yang mencengkam hanya untuk mendapat sejumlah kecil wang untuk menyara hidup..Kesedihan itu ada dimana-mana sebenarnya..
Itulah..sekali lagi aku mensyukuri nikmat yang Tuhan beri..semuanya dari Tuhan..
Ujian untuk kita sebenarnya tu..bila-bila masa dia boleh ambil balik..kalau dia mahu yer………….
Begitu juga apabila dalam waktu-waktu yang begini apabila sesuatu yang aku harapkan akan muncul menemani dalam waktu-waktu yang singkat ini…tidak muncul seperti mana yang aku mahu..Emm.kesedihan itu ada dimana-mana..didalam dan diluar diri..
”Tolong..jangan pergi dulu yer..walau hidup ini hanya persinggahan cuma..ada banyak ruang dan elemen yang boleh kita gaul dan rasakan nikmatnya..”
Hidup di dunia ni bukannya lama ..pejam celik..kita akan sampai juga kesana..
Harta dunia pun bukan boleh bawak mati…hehe..
Dalam seminggu ni aku merasakan bateri semangat aku bagaikan dicharge..kadang-kadang Tuhan menyampaikan sesuatu itu melalui perantaraannya ..bukankah semua kita ini miliknya..pekalah pada setiap kejadian..sebab itu sebahagian dari rukun iman..iman itu percaya….
Walau tahap fikir kita berbeza..kita akan saling memberi dan menerima dalam setiap pertemuan yang akan dan sedang kita lalui sebenarnya..
Entah..kadang-kadang rumit hidup ini yer..cuma ..berjalanlah macam biasa,tak ada apa yang perlu ditakutkan..walau gelap,asal ada iman yang mantap..bakal menjadi lampu yang terang menyuluh hidup kita yang mendatang yer..