Nieda Online…

Untuk yang sentiasa dalam ingatan ….

Archive for August, 2008


Bahagia

Aku bahagia kerana menjadi seorang yang serba sederhana. Kemahuan ku sederhana, kesihatan dan kehidupan ku pun sederhana. Aku alami banyak perkara walaupun hanya serba sedikit. Tetapi aku mempunyai semangat yang besar . Semangat yang besar inilah penggerak utama kehidupan ku. Semangat ini jugalah merupakan bahan bakar yang mampu mengolah sesuatu menjadi kebahagiaan.

Kebahagiaan  itu ada dalam diri masing-masing bergantung pada tafsiran diri yang mana kesannya amat zahir serta bermakna. Apa yang aku sedar kebahagiaan itu juga terletak pada hati  pemiliknya. Pada aku bahagia itu juga adalah suatu ketenangan dan kesyukuran . Ketenangan yang aku maksudkan bila susah tidak akan gelisah, bila miskin sentiasa syukur pada Allah, bila sakit tidak resah dijiwa, bila kaya jadi insan pemurah, bila berpesan mesti amanah, bila berjaya tidak lupa dan angkuh dan yang teramat penting adalah dengan mengingati Nya jiwa akan menjadi lebih tenang.

Teringat aku pada arwah ayahanda yang berpegang teguh dengan prinsip serta falsafahnya yang  sentiasa bersederhana dalam apa jua keadaan. Bagaimanapun
beliau mampu memahami setiap ungkapan serba sedikit dalam semua perkara, tetapi mempunyai semangat yang berkobar-kobar.

Pilihan

Sesetengah orang ada yang bersikap sangat berlembut dan tidak terlalu menuntut haknya, dengan kata lain nya bersikap moderat terhadap banyak perkara.  Dia ini golongan dalam orang yang suka memudahkan setiap urusan . Dia tidak suka banyak soal dan mempermasalahkan dan tidak mahu mencari tahu segala sesuatu di sebalik ucapan kerana ia tidak mahu membuat dirinya letih mengurus dan memikirkan semua perkara.

Dalam pada itu, terdapat juga golongan yang bersikap sebaliknya, langsung tidak mahu bertolak ansur, menuntut semua haknya sekalipun tidak seberapa. Dia berkeras dan bermati-matian tidak kira dengan siapa sahaja untuk mendapat segala sesuatu yang dipercayai sebagai haknya, meskipun kedudukannya masih samar dan tidak jelas. Sukar sekali melihat unsur dan kelembutan dalam setiap tindakkannya.

Sudah menjadi lumrah dunia bahawa orang yang pemurah lebih mementingkan ketenangan jiwa, kesejukkan hati dan terhindar dari perasaan gelisah. Kerana itu dia lebih dekat hati ramai orang dan lebih patut mendapat kasih sayang mereka. Dalam kenyataannya, kejayaan lebih terbentang dihadapan.

Golongan mana kah aku ni?hehehhe..aku je yang tahu