Pilihan
Sesetengah orang ada yang bersikap sangat berlembut dan tidak terlalu menuntut haknya, dengan kata lain nya bersikap moderat terhadap banyak perkara. Dia ini golongan dalam orang yang suka memudahkan setiap urusan . Dia tidak suka banyak soal dan mempermasalahkan dan tidak mahu mencari tahu segala sesuatu di sebalik ucapan kerana ia tidak mahu membuat dirinya letih mengurus dan memikirkan semua perkara.
Dalam pada itu, terdapat juga golongan yang bersikap sebaliknya, langsung tidak mahu bertolak ansur, menuntut semua haknya sekalipun tidak seberapa. Dia berkeras dan bermati-matian tidak kira dengan siapa sahaja untuk mendapat segala sesuatu yang dipercayai sebagai haknya, meskipun kedudukannya masih samar dan tidak jelas. Sukar sekali melihat unsur dan kelembutan dalam setiap tindakkannya.
Sudah menjadi lumrah dunia bahawa orang yang pemurah lebih mementingkan ketenangan jiwa, kesejukkan hati dan terhindar dari perasaan gelisah. Kerana itu dia lebih dekat hati ramai orang dan lebih patut mendapat kasih sayang mereka. Dalam kenyataannya, kejayaan lebih terbentang dihadapan.
Golongan mana kah aku ni?hehehhe..aku je yang tahu
November 22nd, 2008 at 7:23 am
mmg betul apa yg ko cakapkan ni Nida..