Post on July 18th, 2007
by hasn900
Perasaan itu tidaklah sesuai kalau kita menilainya macam pengiraan matematik atau bisnes mahupun politik..sebab ianya bukanlah fakta..bukan calculation..perasaan adalah harga perasaan itu sendiri..milik peribadi.. Ibaratkan kita menyintai seseorang,kita buat apa saja asal tahap perasaan cintanya sama macam kita..dan ianya mendatangkan harap supaya dia suka kan kita sebagaimana kita sukakan dia..Sebenarnya kita tak boleh melakukan apa-apapun kalau dia tiada perasaan apa-apa pun terhadap kita..walau kita taburkan emas permata atau kata-kata manis bak pujangga untuk memenangi perasaannya.. Cinta itu misteri..sebagaimana jua kita menyintai Tuhan,beramal,berbakti,dan segala macam rindu-dendam kita limpahkan untuknya agar kita ini didalam peluk kasihnya..kita berbakti melalui ciptaannya,kita hitung ganjaran yang tak terlimpahkan,dan kita begitu mulia disisi manusia dan sepatutnya akan mulialah disisi Tuhan..itu apa yang kita harap dan doakan..Tetapi semua itu adalah rahsianya..dia suka dan pilih pada sesiapa yang disukainya..maka akan keluarlah keluhan..mengapa ibadatku masih tidak diterima sedangkan aku telah melakukan segalanya untuk memilikimu ya Tuhan..? Puncanya ada nilai ikhlas itu sendiri..pada individu itu sendiri..kalau kita mencintainya tanpa mengharapkan apa-apa balasan,ianya akan lebih bermakna.. Nilai mulia itu kita akan tahu sebab kita ini dekat disisinya sebenarnya..ketenangan itu sebahagian jawapannya..kebahagiaan itulah asas induk dari hati yaang mengenal..orang yang dikasihi tidak akan ada perasaan hasad dan iri dalam hidupnya..maka kita dapat menilainya sendiri melalui perjalanan yang sedang kita lalui ini.. Begitulah juga jika kita menyintai seseorang..bagaimanapun terpulang apa yang kita mahu dan cari dalam hidup ini..kalau kematerial dan nafsu..akan kesitulah kita..kalau keimanan dan jujur akan kesitulah kita..Kita lebih tahu apa yang kita mahu dalam hidup ini ..bukan kah begitu? Macamanapun aku bukanlah golongan yang dimuliakan sebenarnya..hahaha…
Category
Uncategorized |
No Comments →
Post on July 18th, 2007
by hasn900
aku pandang jendela luar,awan berkepul-kepul,kemudian mendung,lepas tu gelap..indahkah kejadian alam ini..
aku pandang lagi terus melepasi garis-garis dan bentuk awan yang berbagai…tembus kelangit yang aduhai..apa yang nak dihairankan akan makna keindahan itu kawan….PASTIKAN SETIAP WAKTU ITU KAMU SEDANG MELIHAT TUHAN….DAN KAMU TIDAK AKAN KEHILANGAN DIA LAGI..
hari ini khamis 19.7.2007 pagi..aku sedang mendengar lagu ambil carik idea untuk buat grafik …real love. dari penyanyi mnasir.suatu masa dulu dia ni antara hero aku dalam dunia muzik ..hehe…jadi mood dan melodi lagu ni bagi mood aku menulis dalam bentuk yang mellow dan sedikit menipu..hahaha….biasalah..hidup jangan terlalu jujur,sebab orang jujur hanya ada di komik..itu antara kata-kata lagunya…kita tak akan tipu diri sendiri,sebab diri itu lebih tahu apa mahunya kemahuan jasad itu sebab mereka itu seiring dan sejalan…seindah bunga ditaman…hehe(itu kata-kata broery marantika & sharifah aini dalam lagunya..) mungkin juga kita kata gini..bahagia dalam derita.kesian tuhan kan..sampai hati kita buat-buat lupa kat Dia..sedangkan Dia tak pernah lupakan kita pun..yang bahagia itu jiwa..so jasad kena fokus tentang kecintaan,sebab dari situ datangnya kebahagiaan yang seiya dan sekata..hehe
apa boleh buat,ini hari khamis…esok jumaat,lusa sabtu,tulat …begitulah seterusnya dan hari isnin akupun lahirlah kebumi…sesuci bayi ..membesar bersama dosa dan pahala yang bercampur..makanya jadilah aku ini manusia yang sempurna dikacamata aku yer…bukan kacamata orang lain..sebab istilah kesempurnaan itu sesuatu yang subjektif pada individu itu sendiri..
hidup macam ni lah..kena lah belajar menerima takdir yang telah diperuntukkan untuk kita …kena terima sebab itu takdir yang kita pilih sendiri dalam hidup ni..bila kita terima,kita akan lebih merasa nikmat bahagia itu..walau dalam konteks yang minimum,,,bukankah tuhan itu kaya dengan sifat rahman dan rahimnya sahabat..?
aku masih ingat akan satu ilmu yang aku dapat hasil perbualan dengan abang aku yang tua,dihari arwah bapak meninggal…1990 dulu
”macamana bapak tu yer ndak..tuhan terima ke amal dia didunia ni…?
apa dia kata..?TANGGUNGJAWAB DIA SEBAGAI KHALIFAH DIMUKABUMI DAH SELESAI….itu saja…
mudah..kehidupan itu mudah kalau kita mudahkan ia…akan rumit kalau kita rumitkan ia…persoalan datang dan pergi..jadi..berfikirlah manusia yang punya akal yang sihat walau sedikit senget.hahahaha…itu tidak mengapa sebab kita ini masih manusia,,,,manusia makin berusia,makin berusaha unttuk kedunia?ish ish….bukankah kita sedang menghirup nafas dimukabumi tuhan ni kawan…ok.SETUJU….
jumaat dah hampir..moga berseronoklah kamu disana,ingat aku yer..aku ada dimana-mana saja yang kamu mahu…bukan kah kita ini satu roh…
berikan ku semangat untuk teruskan perjuangan ini!!!
NIEDA
Category
Uncategorized |
1 Comment →
Post on December 7th, 2005
by hasn900
JALAN SEHALA
malam yang dingin ..
membuat tubuh ku menggeletar..
kini ku tak tahu..
dimanakah aku..
dingin terasa melihat arahan dipapan tanda
tapi tak satu pun
memberi pedoman..
dalam hati ku hanya tersimpan hasrat ingin pulang..
kerana ku tahu tiada jalan lain yang dapat ku temui
hanya naluri dan pedoman dari yang maha kuasa
memberi pedoman walau dimana ku berada
telah kujelajah semua benua
semua jalan berliku
hanya jalan sehala..yang membawa ku pulang kerumah..
KEMBARA…he he..lagu dari kumpulan Kembara
Category
Uncategorized |
No Comments →
Post on November 29th, 2005
by hasn900
Pada pendapat aku,susah untuk kita berlaku jujur pada kehidupan ini sebenarnya…Jujur pada fitrahnya,pada sekeliling..dan pada diri sendiri..Kejujuran adalah subjek yang paling penting kalau ingin pergi lebih jauh mengembara kealam Ketuhanan..Tulus dan Telus..bahkan dalam hidup itu sendiripun manusia amat mementingkan kejujuran untuk mendapatkan kepercayaan…dari dirinyanya sendiri..
Aku pun kadang-kadang tidak jujur juga dalam hidup ni..dan aku jujur menyatakan,sebab aku ini orang yang jujur..hehehe…jujur mengakui kelemahan diri..Jujurlah pada diri sendiri walau kadang akan menyakitkan situasi..asal tidak menyusahkan..Apalah ertinya hidup ini andai kejujuran sudah tidak ada lagi…?
Kadang agak berkepentingan juga sebab akan selalu disalah tafsirkan…dalam hidup ini aku hanya suka pada apa yang aku suka,dimana ada cinta,disitu aku berada..cinta itu nikmat..dan ianya universal..cinta juga akan buat tubuh merana dan akan buat kita hilang keseimbangan ..he he..tapi jangan risau…anggaplah cinta itu letaknya diatas sekali………macam teropong yang melihat apa yang ada dibawah..buruk dan cantik,jahat dan baik..segalanya…kalau disisi manusia perlunya kewarasan dalam berfikir..untuk peradaban antara sesama…..
Selalunya orang yang paling jujur adalah orang yang nilai kerohaniannya tinggi,nilai keimanannya tinggi…dan pada aku bukan dalam konteks fizikal dan material yakni menunjukkan pada sekeliling untuk penghormatan masyarakat..kebaikan tak perlu ditunjukkan dalam bentuk perbuatan,beramallah dalam diam..dan ia akan jadi lebih bermakna untuk diri kita sendiri..
Category
Uncategorized |
No Comments →
Post on November 29th, 2005
by hasn900
Jika kau punyai waktu,
Tanyalah ke dalam hatimu,
Apa yang telah kau capai dalam hidupmu,
Sebelum tiba panggilan ajalmu.
Jika kau punyai waktu,
Bentuk dan olahlah keluargamu,
Menjadi pewaris generasimu,
Hamba-hamba yang diberkati tuhanmu.
Jika kau punyai waktu,
Ziarahilah orangtuamu,
Mereka berjasa mendidikmu,
Tak terbalas jasa mereka dengan hartamu.
Jika kau punyai waktu,
Sibukkanlah dirimu,
Dengan amal dan ibadah,
Bawa bekal di hari perhitunganmu.
Jika kau punyai waktu,
Untukkan sedikit untuk dirimu,
Menilai buku catatan hidupmu,
Mana arahtujumu.
Jika kau punyai waktu,
Dengarlah pesanan dariku,
Bukan hanya untukmu,
Bahkan lebih untuk diriku,
Agar kita saling bahu-membahu,
Menuju cinta yang Satu.
Category
Uncategorized |
No Comments →